Kewajipan Mendaftar Sebagai Jurutera Dengan Lembaga Jurutera Malaysia
Lembaga Jurutera Malaysia (Lembaga) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Fungsi-fungsi utama Lembaga adalah mendaftar para Jurutera dan syarikat perunding kejuruteraan dan menentukan serta mengawal tatakelakuan serta etika perofesion kejuruteraan.
Mereka yang berhasrat bekerja sebagai Jurutera atau menjalankan amalan kejuruteraan diwajibkan mendaftar dengan Lembaga. Menurut Seksyen 24A (1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pindaan 2002) "Tiada seorangpun boleh mengambil bekerja mana-mana orang, pemilik tunggal, syarikat perkongsian atau syarikat pertubuhan perbadanan untuk menjalankan perkhidmatan kejuruteraan profesional, selain daripada jurutera berdaftar dan amalan Kejuruteraan Perunding". Mereka yang gagal mendaftar dengan Lembaga jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu atau dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Sukacita dimohon kerjasama pihak Y.Bhg. Prof/tuan/puan untuk menyebarkan maklumat berkaitan keperluan pendaftaran tersebut dengan cara memuatkannya ke dalam laman web universiti/kolej serta membuat rantaian (link) ke laman web Lembaga di http://www.bem.org.my,.
Semoga pelbagai maklumat lain seperti tanggungjawab dan etika sebagai jurutera, program pembangunan berterusan dan sebagainya dapat dimanfaatkan oleh para mahasiswa, pensyarah, graduan-graduan lepasan universiti/kolej mahupun bakal mahasiswa.
Untuk keterangan lanjut, Y. Bhg. Prof/tuan/puan bolehlah menghubungi Pegawai Penerbitan Lembaga, Puan Nik Kamaliah Nik Abdul Rahman di talian 03-26980590 atau e-mail : bem1@streamyx.com atau bem1@jkr.gov.my


1 Comments:
sahabatku yg skema..!!
Post a Comment
<< Home