Murobond Pixma

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu. Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin kau rindu. Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu kau sentuh. Hanya dirimu membuatku tenang. Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi. Nukilan rindu...Murobond Pixma

Thursday, August 13, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Ministry To Monitor Professorship Awards

KUALA LUMPUR, Aug 11 (Bernama) -- The Ministry of Higher Education is monitoring the need to award professorships by institutions of higher learning (IPT), including those by private sectors in the country in an effort to protect the prestige of such titles, said its deputy minister Datuk Saifuddin Abdullah.

"We are not limiting people from getting promotions, salary increment and such, but such titles carry the highest ranking in academia," he said.

He said academicians could use many available programmes in IPT as a platform for promotions, even though without the title of a professor or associate professor.



"They can be senior lecturers, or senior fellows or whatever positions for promotion. It is unfortunate that some could easily get promoted to the post of professor when others had to toil and write books for promotion," he said.



Saifuddin said this at the opening of the Vice Chancellors Premier Lecture and later launched the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) book and slogan and the diploma programme in executive business management and retail technology.

The monitoring was also one of the measures taken by the ministry to guarantee the quality of higher education in the country, he said.



"We are in the process of certifying the quality of education which is based on the quality of the lecturers. To ensure the quality of the lecturers, we have to apply stringent terms in order for a person to be given a title as a professor or associated professor," he said.

Saifuddin said, for a lecturer to be awarded a professorship he or she had to produce at least two referral journals a year, besides producing academic books.



-- BERNAMA

KPT Pantau Pemberian Gelaran Prof Madya Dan Profesor

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi sedang memantau pemberian gelaran profesor madya dan profesor oleh institusi pengajian tinggi termasuk milik swasta di negara ini bagi menjamin prestij status itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kita bukan nak menghadkan orang daripada naik pangkat, gaji dan sebagainya tetapi gelaran itu hendaklah kita jaga kerana dalam dunia akademia, gelaran itu adalah gelaran tertinggi dan suci," katanya.

Beliau berkata warga IPT masih mempunyai banyak platform untuk menikmati kenaikan pangkat walaupun tidak bergelar profesor madya dan profesor.

"Mereka boleh jadi pensyarah kanan, boleh jadi fellow utama atau pakailah nama apa pun dan naiklah pangkat. Kasihanlah kepada profesor yang jadi profesor melalui letih dan jerih menghasilkan penulisan sedangkan ada orang boleh dapat sedemikian mudah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Syarahan Perdana Naib Canselor dan melancar buku dan slogan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta program Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan dan Teknologi Peruncitan.

Pemantauan itu juga adalah sebagai salah satu usaha kementerian untuk menjamin kualiti pendidikan tinggi negara ini, katanya.

"Kita dalam usaha nak menjamin kualiti pendidikan, satu daripada caranya ialah menerusi kualiti pensyarah. Satu daripada cara menjamin kualiti pensyarah ialah kita akan mengenakan syarat yang lebih ketat untuk seseorang itu mendapat gelaran profesor madya dan profesor," katanya.

Saifuddin berkata bagi mendapatkan gelaran profesor madya dan profesor, seseorang pensyarah itu mestilah menghasilkan penulisan sekurang-kurangnya dua buah rencana berbentuk jurnal berwasit setahun selain penerbitan buku ilmiah.

"Dengan kata lain, adalah amat sukar selepas ini untuk seorang pensyarah yang tak menghasilkan penulisan untuk (mendapat) gelaran profesor madya mahupun profesor," katanya.

Sementara itu, UTM yang melancarkan program diploma eksekutif pengurusan perniagaan dan teknologi peruncitan menerima sumbangan peruntukan sebanyak RM9.2 juta, RM7.2 juta daripada syarikat I-Gate Sdn Bhd dan Mobile De Ring sebanyak RM2 juta yang bertujuan untuk menampung kos pengajian, elaun dan tempat latihan untuk pelajar universiti itu.

-- BERNAMA

Wednesday, July 25, 2007

Amaran kepada penulis blog
Oleh Norfatimah Ahmad dan Jalal Ali Abdul Rahim


Pengendali bangkit isu perkauman, hina agama akan kena tindakan tegas: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak (gambar) malam tadi menegaskan pengendali dan penulis laman blog yang membangkitkan isu berbau perkauman atau menghina agama tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebebasan menulis atau memberi pandangan ada hadnya dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengganggu gugat perpaduan negara serta menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Mereka mesti bertanggungjawab sepenuhnya kepada laman web mereka dan tidak menganggap sikap toleransi kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa saja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

“Kerajaan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2007 dan majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2006 di sini.

Kelmarin, Umno membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi terhadap laman web Malaysia Today kerana menyiarkan komen sensitif berhubung isu kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, Islam dan perkauman.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilaporkan berkata, komen orang ramai yang disiarkan laman web itu pada 11 Julai lalu melanggar undang-undang dan menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

Pada sidang Dewan Negara petang semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, turut memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis laman blog terbabit.

“Kita akan kaji dan lihat tindakan mengikut Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan. Seksyen 121b ini membabitkan kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup," katanya.

Najib dalam ucapannya menjelaskan perkembangan mendadak teknologi komunikasi menyebabkan media cetak dan elektronik kini bukan lagi menjadi pembekal tunggal maklumat.

Bagaimanapun, katanya, pengendali dan penulis laman web juga mesti menunjukkan sikap bertanggungjawab, berhati-hati dan teliti serta menghargai hasrat rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara yang aman dan stabil.

“Tindakan sesetengah pengendali dan penulis laman web bercanggah dengan profesionalisme pengamal media serta melanggar etika kewartawanan yang mengajar wartawan melapor yang benar, bersikap objektif, saksama dan memperoleh maklumat dari sumber rasmi dan sahih.

“Malah, wartawan mesti mendapat fakta betul, melaporkan dalam konteks yang tepat dan sebarang laporan dan gambar hendaklah menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, media alternatif sebaliknya tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila menguruskan ruangan berdasarkan pandangan dan kecenderungan peribadi tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat berbilang kaum.

“Atas nama kebebasan, laman web ini membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, penggunaan kata-kata kesat, keji dan bersifat perkauman disiarkan tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca atau pihak yang terbabit.

“Ini satu perkembangan tidak sihat dan boleh mengganggu gugat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, di sebalik perubahan itu, wartawan kekal sebagai tenaga yang menukar maklumat menjadi laporan berita atau rencana.

Sehubungan itu, penekanan harus diberikan untuk melatih tenaga wartawan supaya profesionalisme mereka kekal pada tahap tinggi, malah ditingkatkan sesuai dengan senario yang berubah.

“Organisasi media negara ini hendaklah membuat pelaburan dalam melatih pekerja berilmu secara bersungguh-sungguh dan berterusan, sama ada sendirian atau kolektif menerusi institusi seperti MPI,” katanya.

Mengenai kerjasama media dan kerajaan, Najib berkata, sebagai rakan kongsi untuk menjayakan agenda nasional, media tidak seharusnya rasa bersalah, malu atau tertekan kerana membantu kerajaan dalam menjayakan kepentingan negara.

“Media hendaklah terus memainkan peranan dengan penuh perasaan tanggungjawab, sentiasa berhati-hati khususnya dalam isu yang boleh menjejas hubungan kaum dan agama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, media boleh membuat teguran dan mengkritik secara konstruktif, objektif, adil dan berasaskan fakta yang tepat kerana ia boleh membantu kerajaan mengatasi kelemahan dan kepincangan, sistem dan memperkemaskan sistem pentadbiran.




©The New Straits Times Press (M) Berhad

Friday, February 23, 2007

Pengisytiharan UTHM 2007

Labels:

Friday, February 02, 2007

COMMUNITY SERVICES



Labels:

KUiTTHO to UTHM

Labels:

Saturday, January 06, 2007

KSN mahu kakitangan awam cepat bertindak
Oleh Hassan Omar


Sistem penyampaian berkesan, kerja berpasukan penting: Sidek

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan menggesa kakitangan awam mengubah segera cara bekerja dengan melaksanakan tugas dalam tempoh singkat bagi memastikan sistem penyampaian dilaksanakan secara efektif.

Kakitangan awam peringkat penggubal dasar juga harus bekerja secara berpasukan dengan pelaksana bagi meningkatkan keberkesanan tugas, sekali gus memastikan sistem penyampaian yang ditekankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diperkukuhkan.

“Saya sendiri berulang kali mengingatkan kakitangan awam supaya meningkatkan sistem penyampaian kerana ia penting untuk membolehkan sesuatu dasar dilaksanakan secara berkesan.

“Saya percaya manusia kalau sentiasa digilap dan terus digilap akan maju. Insya-Allah, kalau terus diingatkan dan diasuh, sektor awam akan terus maju. Cuma kakitangan awam jumlahnya ramai, mungkin memerlukan masa sedikit,” katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi semalam.

Beliau melihat sistem penyampaian sektor awam berada pada tahap baik tetapi boleh ditingkatkan melalui penekanan berterusan.

Sehubungan itu, katanya, jika seseorang kakitangan awam rasakan dirinya mampu melaksanakan tugas dengan baik, ia harus bekerjasama dengan pihak lain kerana tiada kejayaan mampu dicapai tanpa semangat berpasukan.

Beliau diminta mengulas pendapat beberapa pembentang kertas kerja pada seminar kebangsaan Abdullah Ahmad Badawi Tiga Tahun di Putrajaya: Menjejaki Pencapaian dan Strategi Masa Depan Negara, di sini kelmarin yang antara lain menekankan supaya sistem penyampaian ditingkatkan.

Sementara itu, Cuepacs mempertahankan kemampuan kakitangan awam meningkatkan pelaksanaan dasar kerajaan, manakala Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bersetuju dengan saranan Sidek.

Presiden Cuepacs, Omar Osman menegaskan sistem penyampaian sektor awam bukan seburuk yang disangkakan kerana dalam banyak perkara, kakitangan awam berjaya membuktikan segala rancangan pada peringkat dasar mampu dilaksanakan dalam tempoh singkat.

“Contohnya, dulu pembayaran untuk kontraktor mengambil empat atau lima bulan tetapi sekarang dua minggu sudah siap.

“Sudah tentu 800,000 kakitangan awam, terutama pada peringkat sokongan tidak boleh memandai-mandai membuat kerja jika tidak diarah. Yang penting, arahan. Kalau pembuat dasar lambat memberi arahan, lambatlah kakitangan peringkat bawahan bergerak,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, peringkat pembuat dasar bukan setakat perlu memahami dasar berkenaan, malah menyampaikannya secara mudah kepada kakitangan peringkat pelaksana dengan meletakkan sasaran bagi memastikan tugas dilaksanakan secara tepat dan cepat.

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, pula berkata tidak banyak idea yang dilahirkan Perdana Menteri berjaya diaplikasikan sektor awam hingga ke peringkat akar umbi, menyebabkan masih banyak aspek yang disangsikan oleh masyarakat.

“Contohnya, MTUC ada menghantar memorandum kepada beberapa kementerian tertentu supaya meneliti kesan kenaikan harga minyak terhadap kos sara hidup pekerja sektor swasta.

“Oleh sebab sistem penyampaian belum sempurna, memorandum kami tidak mendapat perhatian. Hal seperti inilah menyebabkan masyarakat belum yakin dengan sistem penyampaian sektor awam,” katanya.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah, berkata sejak Abdullah memberikan penekanan terhadap sistem penyampaian, pihaknya mendapati banyak bidang mencapai kemajuan walaupun tidak sepenuhnya.

“Sebelum ini, pembayaran agak lewat. Bagaimanapun, sekarang ia agak cepat. Saya yakin, jika ‘akaun muktamad’ setiap agensi Kerajaan dapat ditingkatkan, pembayaran akan lebih cepat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak adil untuk menyalahkan kakitangan awam saja kerana usahawan swasta juga harus membantu meningkatkan sistem penyampaian dengan memastikan dokumen diperlukan sesebuah jabatan untuk memulakan projek kerajaan disediakan dengan tepat.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

Thursday, January 04, 2007